mymusic

Thursday, December 19, 2013

mashitah...

kisah Firaun yang memerintah Mesir pada zaman Nabi Musa AS diutus menjadi Rasul tidak akan melepaskan diri kita daripada membicarakan mengenai seorang wanita yang mempunyai keimanan, kesabaran dan kerelaan terhadap segala ketentuan Allah yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. Wanita itu dikenali sebagai Mashitah.

Mashitah bekerja sebagai pelayan raja dan tugasnya yang khusus ialah sebagai tukang sikat keluarga Firaun. Beliau menyahut seruan Islam yang dibawa Nabi Musa AS tetapi keislamannya disembunyikan agar hidupnya tidak diganggu.

raja Mesir ketika itu mengaku dirinya tuhan dan memaksa rakyat menyembah dan memperhambakan diri kepadanya. Sesiapa yang ingkar suruhan dan perintahnya akan disiksa atau dibunuh.

...............................................................................................................................

Anak perempuan Fir'aun berkata: 'Hai, dengan nama bapakku.' 
wanita tukang sikat menjawab: 'Tidak, Allah ialah Tuhanku dan Tuhanmu demikian juga Tuhan ayahmu.
' Puteri Fir'aun bertanya: 'Kalau begitu kamu beriman kepada Tuhan selain ayahku?
' Wanita tukang sikat itu menjawab: 'Ya.' 
Puteri Fir'aun berkata: 'Akan aku beritahu hal ini pada ayahku.' 
wanita tukang sikat menjawab: 'Silakan!'

Dengan takdir Allah SWT, rahsia Mashitah yang selama ini menyembunyikan keislamannya terbongkar. Hal ini terjadi pada suatu hari ketika Mashitah menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun. Tiba-tiba sikat itu terjatuh dan dengan tidak sengaja beliau menyebut nama Allah.

Mashitah dipanggil dan penyiasatan dijalankan. Selepas jelas kepada Firaun bahawa Mashitah memeluk agama Islam yang dibawa Nabi Musa dan tidak mengaku Firaun sebagai Tuhan, maka dengan kekuasaan yang ada padanya, Firaun menghukum Mashitah dan keluarganya yang memeluk Islam.


Hukuman yang akan dikenakan ke atas Mashitah dan keluarganya ialah mereka akan direbus hidup-hidup. Hamman, menteri yang dipertanggungjawabkan oleh Firaun untuk melaksanakan tugas itu mengarahkan pegawainya menyediakan sebuah kawah besar. Air dimasak sehingga mendidih.

Selepas persiapan disediakan, Mashitah dan keluarganya dipanggil untuk mengetahui sikap dan pendiriannya. Mashitah dan keluarganya diberi kata dua oleh Hamman - menyembah Firaun kembali atau dihumban ke dalam kawah jika terus beriman kepada Allah.

Secara tegas dan tenang Mashitah menyatakan pendirian dan keimanannya. Mereka akan terus beriman kepada Allah.

Mendengar jawapan tegas darpada Mashitah itu, Hamman memaksa Mashitah dan keluarganya terjun ke kawah yang airnya menggelegak panas itu.

...............................................................................................................................


Orang pertama yang dicampak ke dalam kawah ialah suami Mashitah, diikuti tiga anaknya. Anaknya yang keempat yang masih bayi itu dibiarkan berada dalam kendongan Mashitah. Alangkah sedih, hiba dan sayunya hati Mashitah melihat suami dan anak-anak terkapai-kapai di dalam air yang menggelegak itu.

Melihat keadaan Mashitah dan anaknya yang masih merah itu, syaitan mengambil kesempatan menggodanya. Dibisiknya ke telinga Mashitah rasa kasihan dan simpati terhadap anak-anaknya yang tidak tahu apa-apa itu. Ini menyebabkan hati Mashitah serba salah - sama ada hendak terjun atau tidak ke dalam kawah bersama-sama anaknya itu.

Tetapi kudrat Allah mengatasi segala-galanya. Dengan spontan Allah menjadikan anak Mashitah yang kecil itu kebolehan untuk berkata-kata. Didorongnya ibunya, Mashitah supaya segera terjun ke kawah. Antara lain kata-kata anaknya:'wahai ibuku, campakkanlah diri ibu ke dalam periuk yang mendidih itu, kerana sesungguhnya SEKSA DUNIA INI JAUH LEBIH RINGAN DIBANDING SEKSA AKHIRAT.'"

Mendengar kata-kata anaknya itu, Mashitah dengan penuh rasa kehambaan lantas terjun ke dalam kawah yang sedang menggelegak airnya. Pengawal mengacau kawah dengan sudip besi seperti mereka merebus ikan. Matilah Mashitah bersama-sama suami dan anak-anaknya demi untuk mempertahankan keimanan dan akidah mereka yang suci.

subahanallah...

No comments:

Post a Comment