mymusic

Friday, October 25, 2013

wanita soleha(mujahidah)


aku mahukan muslimah seperti ZINNIRAH
iaitu muslimah yang tetap pendirian..
tapi mampukah aku..??

aku mahukan muslimah seperti ASIAH
isteri Firaun yang beriman..
tapi mampukah aku..??

aku mahukan seperti AS-SHAYMA
iaitu pembela akidah Bani Saad..
tapi mampukah aku..??

aku mahukan seperti BARAKAH
yang dijanjikan tempatnya di syurga..
tapi mampukah aku..??

aku mahukan seperti ARWA
yang berdakwah melalui syair-syairnya..
tapi mampukah aku..??

aku mahukan seperti SYAFIYAH 
iaitu wirawati peperangan..
tapi mampukah aku..??

aku mahukan seperti NAFISAH
yang doanya makbul..
tapi mampukah aku..??

aku mahukan seperti KHAULAH
iaitu pembakar semangat di medan perang..
tapi mampukah aku..??

aku mahukan seperti KHADIJAH
iaitu penyuntik semangat Rasulullah SAW
tapi mampukah aku..??

aku mahukan seperti HAFSA
iaitu menyimpan al-Quran yang asli..
tapi mampukah aku..??

aku mahukan seperti FATIMAH
yang hidup dalam kesederhanaan..
tapi mampukah aku..??

No comments:

Post a Comment