kumulakan tulisan ini dengan rintihan kepada Allah..
mudah-mudahan rintihan ini menjadi rintihanmu juga..
Ya Allah...
aku yakin apa yang kau takdirkan ini adalah yang terbaik buat dunia
dan akhirat kami..
mudah-mudahan keluh-kesah,resah gelisah kami menerima ketentuan-Mu
yang berdosa...
semoga kesedihan dan kebimbangan kami dalam waktu-waktu tertentu
dalam menempuh ujian ini dinilai sebagai langkah menuju-Mu di jalan mujahadah...
kami lemah ya Allah...
namun kami tetap yakin kau menguji kami ini dengan maksud yang baik...
kau tidak akan menimpakan kesusahan di luar kemampuan kami menanggungnya...
kami berdoa ya Allah...
agar ujian ini menjadi tebusan bagi dosa-dosa kami yang lalu,
kini dan akan datang...
sesungguhnya kami ini hamba...
ya Allah..
ujian inilah yang menusuk ke hati lalu mengetuk pintu rasa yang selama ini
sudah semakin alpa bahawa kami ini hakikatnya hanyalah seorang hamba
yang hina...
syukur ya Allah..
kerana kau anugerahkan rasa yang termahal ini di celah-celah kepahitan dan
penderitaan...
jika tidak kerana ini,kami akan terus lalai,terbuai-buai dan akhirnya mati
tanpa merasai hakikat cinta-Mu yang sebenar...
cebisan cita suci dan sejati ini mudah-mudahan akan hidup subur
dan mampu menghidupkan hati kami yang semakin mati...
No comments:
Post a Comment